fb fb fb fb fb

Liga Super: JDT lebar cengkaman, menang 2-0 ke atas Selangor

(FOTO FB JOHOR Southern Tigers)

ISKANDAR PUTERI, 30 Julai- Johor Darul Takzim (JDT) terus melebarkan cengkaman di persada Liga Super selepas merekod kemenangan 2-0 ke atas Selangor dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Kedua-dua gol dijaringkan pemain kelahiran Brazil, Heberty Fernandes dan Bergson Da Silva pada babak kedua perlawanan.

Selangor yang turun tanpa kelibat pemain utama, Faisal Halim berjaya mengimbangi perlawanan terutama semasa separuh masa pertama walaupun tanpa percubaan tepat menguji Samuel Somerville.

Kemasukan pemain import baharu JDT, Heberty Fernandes pada separuh masa kedua berjaya mengubah rentak serangan tuan rumah.

Hantaran Oscar Arribas pada minit ke 78 berjaya disudahkan Heberty untuk jaringan sulungnya bersama JDT.

Menuju minit-minit akhir perlawanan, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti selepas berlaku kekasaran di dalam kotak penalti oleh Harith Haiqal yang menjatuhkan Bergson.

Pemain kelahiran Brazil itu tenang merembat masuk menewaskan Sommerville untuk gol kedua Harimau Selatan.

Keputusan itu melebarkan kedudukan JDT di puncak liga dengan 54 mata selepas 18 perlawanan.

Manakala anak buah Tan Chen Hoe dengan 40 mata, selepas 19 perlawanan.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari akui berdepan perlawanan yang sukar terutama pada separuh masa pertama, apabila Selangor bertahan secara ampuh.

Namun beliau gembira dengan pemain yang kekal dengan momentum mencipta
peluang untuk menghasilkan gol.

"Kami berdepan masalah untuk mencipta peluang yang sepatutnya dan menyukarkan apabila ramai pemain lawan yang berada berdekatan gol. Kami berjaya mengawal perlawanan dan mempunyai peluang menerusi Bergson. Kami mencuba untuk mencipta banyak peluang terutama daripada bahagian tepi dan ada ketika Bergson hampir mencipta gol dan Hiberty yang berada di kedudukan tepat untuk membuka jaringan," katanya.


(Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari)

Sementara Ketua Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe sedikit kecewa apabila harapan membawa pulangsekurang-kurangnya satu mata di tempat lawan tidak dapat disempurnakan disebabkan kelekaan.

Selain ketiadaan tunggak utama, Faisal Halim yang merencatkan taktikal pasukan selain ditambah beberapa kecederaan pemain.

"Memang kehilangan Mickey menjejaskan corak permainan tetapi inilah perlawanan, kadang kala mana-mana kelab melalui situasi kemungkinan pemain tunggak cedera, kena cari alternatif terbaik untuk atasi dan pastinya kita lihat Mukhairi Ajmal bermain agak baik walaupun pertama kali bermain di posisi tersebut tapi disebabkan bakat yang dimiliki, dia bermain agak baik hari ini," ujar Cheng Hoe.




Media Baharu