fb fb fb fb fb

Kuala Nerus rangkul juara Kejohanan Ragbi MSS Terengganu 2023

(MSS Kuala Nerus menang ke atas MSS Besut 20-19 pada perlawanan akhir di Kompleks Gong Badak, semalam)

KUALA TERENGGANU, 30 Julai- Majlis Sukan Sekolah (MSS) Kuala Nerus menang ke atas MSS Besut 20-19 pada perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun yang melabuhkan tirainya di Kompleks Gong Badak, di sini, semalam.

Walau Kuala Nerus bermain baik, Besut yang hadir sebagai pasukan pilihan mendominasi separuh masa pertama dengan kelebihan satu try sebelum menuju bilik persalinan dengan mata 15-12.

Memasuki separuh masa kedua, Besut terus menjarakkan kedudukan dengan menambah satu lagi try bagi memimpin perlawanan dengan mata 19-12.

Ketika kejuaran hampir di genggaman, Kuala Nerus meragut impian Besut pada minit-minit akhir perlawanan dengan try menarik bagi keputusan tipis 20-19 berpihak Kuala Nerus untuk bergelar juara.

"Kita mendapat try yang pertama tapi kita bolos untuk kali yang pertama dan mental pelajar..mental pasukan player nampak agak gugup tapi Alhamdullilah kami bangkit pada last minute untuk mendahului pasukan MSST Kuala Besut.Alhamdullilah," kata Ketua Jurulatih MSS Kuala Nerus, Mohd Nazrin Dasir.


(Ketua Jurulatih MSS Kuala Nerus, Mohd Nazrin Dasir)

Kemenangan ini sekali gus memberi tiket buat pemain-pemain MSS Kuala Nerus untuk mewakili Terengganu ke pentas kebangsaan Majlis Sukan Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) yang dijadualkan untuk berlangsung pada 24 Ogos nanti di Kota Bharu, Kelantan.

Sebanyak tujuh pasukan dari setiap daerah dalam negeri Terengganu kecuali MSS Hulu Terengganu yang tidak dapat menyertai kejuaraan tahunan pada edisi kali ini.

"Sebenarnya Terengganu bersedia..kita sudah bersedia untuk menghadapi MSSM 2023 pada 24 Ogos nanti di Kota Bharu. InsyaAllah..Terengganu akan lakukan sesuatu," kata Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Amrul Adam And Aziz.

Media Baharu