fb fb fb fb fb

Liga Super: Imigresen FC terkulai di Batu Kawan

Pemain JDT, Jairo Da Silva meraikan jaringan kedua perlawanan /Foto BERNAMA

BATU KAWAN, 28 Ogos - Hasrat pendatang baharu Liga Super, Imigresen FC untuk mencipta kejutan tidak kesampaian selepas tunduk kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) tiga 3-0 pada aksi di Stadium Negeri Pulau Pinang, sebentar tadi.

Gol pertama Harimau Selatan hadir pada minit ke-43 menerusi tandukan Jon Irazabal hasil sepakan penjuru Arif Aiman Hanapi.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Xisco Munoz menambah jaringan menerusi Jairo Da Silva yang bijak menyambar bola muntah untuk gol kedua pada minit ke-58, sebelum Joao Figueiredo menutup kemenangan bergaya dengan jaringan ketiga pada minit ke-77.

Meskipun Imigresen FC cuba bangkit dengan beberapa percubaan berbahaya dan melakukan beberapa pertukaran pemain, benteng JDT kekal ampuh bertahan.

Kemenangan itu meletakkan JDT di persada liga dengan 12 mata hasil empat kemenangan.

Manakala Imigresen FC pula terperosok di dasar liga dengan satu mata.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD