fb fb fb fb fb

Liga Super Bola Jaring 2022; Johor Jewels kekal rentak kemenangan

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Pasukan Johor Jewels terus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super Bola Jaring 2022 di belakang KL Wildcats apabila menundukkan pasukan tercorot, Melaka Mystic 68-24.

Ini kejayaan kelima mereka dalam lima perlawanan.

Minggu lalu skuad bimbingan Pow Mei Foong menewaskan Negeri Sembilan Venom 62-26.

Penyerang utama, An Najwa Azizan nyata sukar diikat pertahanan Melaka Mystic dan berjaya menyumbang 32 mata buat Johor.

Turut membantu kejayaan tersebut ialah Nadia Natasya dengan 28 mata selain Athekah Ammaliah dan Sirima Samnaree masing-masing menyumbang 4 mata.

Bagi Melaka Mystic pula, 14 mata dihasilkan oleh Hayani Roslee manakala 10 mata lagi menerusi Wahidah Hamid.

(Johor Jewels Kekal rentak kemenangan)

Media Baharu