fb fb fb fb fb

Nunez dijangka lengkapkan perpindahan ke Anfield minggu ini

LONDON, 13 Jun- Liverpool dilaporkan semakin hampir menandatangani penyerang Uruguay dari Benfica, Darwin Nunez dengan kontrak yang nilainya boleh mencecah £85 juta (AS$104 juta).

Kelab Liga Perdana itu telah berbincang dengan Benfica selama beberapa minggu dan pengarah sukan baharu Liverpool, Julian Ward dipercayai akhirnya berjaya mendapatkan salah seorang pemain paling diburu ketika ini.

Semalam, Liverpool dilaporkan telah bersetuju membuat pembayaran awal £64 juta, disusuli bayaran tambahan £12.8 juta berdasarkan penampilan dan £8.5 juta lagi bergantung pada pencapaian pasukan.

(Nunez dijangka lengkapkan perpindahan ke Anfield minggu ini/AFP)

Jika semua syarat dipenuhi, yuran perpindahan pemain berusia 22 tahun itu akan mengatasi rekod Liverpool sebanyak £75 juta, yang dibayar kepada Southampton untuk pertahanan tengah Belanda ,Virgil van Dijk pada 2018.

Nunez, yang tidak beraksi bersama skuad kebangsaan Uruguay yang menumpaskan Panama 5-0 dalam perlawanan persabahabatan Sabtu lalu, dijangka memulakan ujian kecergasan pada hari ini yang mungkin mengambil masa dua hari untuk diselesaikan. -AFP

Media Baharu