fb fb fb fb fb

MSC 2022: Petanda positif Malaysia mampu jadi hub e-sukan pelancongan Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 12 Jun - Selepas dua tahun dilanda pandemik COVID-19, buat julung kalinya Malaysia terpilih menjadi tuan rumah pertandingan sukan elektronik (E-Sukan) Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022.

Pertandingan yang menghimpunkan 12 pasukan terbaik di seluruh Asia Tenggara tersebut memberi petanda positif tentang peluang Malaysia untuk terus dipilih menganjurkan lebih banyak kejohanan e-sukan pada masa depan.

Penganjuran MSC 2022 yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) ketika ini meneruskan bahang kejohanan e-sukan yang masih belum reda selepas Sukan SEA 2021 di Vietnam, baru-baru ini.

"Kita rasa untuk MSC kali ini, kita akan lebih kompetitif MSC yang sebelumnya, jadi apa yang boleh kita janjikan pada kali ini harap semua peminat terhibur dengan pertandingan sukan elektronik kali ini," kata Pegawai Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permainan Moonton, Fikri Rizal Mahruddin di sini.

Sementara itu, media tempatan turut melahirkan keterujaan mereka dan bakal kembali sibuk dengan liputan penganjuran e-sukan antarabangsa dalam tempoh 6 bulan ini.

Fasiliti terbaik, faktor keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang lebih mesra, menjadi antara daya penarik buat Malaysia muncul sebagai negara hub e-sukan pelancongan di rantau ini.

Media Baharu