JEDDAH, 20 September - Dua gol Ivan Toney pada separuh masa kedua berjaya membantu pasukannya Al-Ahli bangkit sekali gus mencatatkan keputusan seri 3-3 untuk membantu pasukannya meraih keputusan seri 3-3 menentang Al-Hilal pada Jumaat.
Pada perlawanan berkenaan, anak-anak buah Simone Inzaghi membuka jaringan menerusi pemain antarabangsa Perancis, Theo Hernandez, membuka jaringan pada minit ke-12 hasil hantaran Malcom.
Malcom kemudiannya bertindak cemerlang apabila menggandakan jaringan buat Al-Hilal pada minit ke-24 bagi menjadikan kedudukan 2-0.
Malcom sekali lagi mempamerkan ketajamannya di depan gawang apabila menjaringkan gol ketiga sebelum tamat separuh masa pertama untuk memberi Al-Hilal kelebihan 3-0.
Bersambung babak kedua, Al-Ahli mula bangkit untuk mencari gol. Bekas penyerang Brentford, Ivan Toney memulakan kebangkitan Al-Ahli apabila menjaringkan gol pada minit ke-78 sebelum sekali lagi menyudahkan hantaran Riyad Mahrez untuk gol kedua tiga minit sebelum tamat permainan.
Merih Demiral melengkapkan kebangkitan Al-Ahli dengan jaringan penyamaan pada masa tambahan.
Kedua-dua pasukan kini berkongsi lima mata hasil tiga perlawanan, dengan Al-Hilal berada di tangga ketujuh mengatasi Al-Ahli berdasarkan perbezaan jaringan. - REUTERS
