JEDDAH, 27 September - Jaringan Sadio Mane dan Cristiano Ronaldo memastikan Al-Nassr meraih kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Al-Ittihad dalam aksi Liga Pro Saudi pada Jumaat.
Kemenanagan berkenaan sekali gus meletakkan kelab dari Riyadh itu tiga mata di di puncak liga.
Mane membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan sebelum melakukan hantaran silang yang disudahkan Ronaldo pada minit ke-35 untuk menggandakan kedudukan.
Kemenangan itu mengekalkan rekod sempurna Al-Nassr dengan empat kemenangan berturut-turut.
Kemenangan itu membolehkannya mengumpul 12 mata di tangga teratas. Al-Ittihad pula jatuh ke tempat kedua selepas tewas buat kali pertama musim ini.
Gol tersebut merupakan jaringan keempat Ronaldo dalam saingan liga musim ini, menempatkannya di kedudukan kedua carta penjaring terbanyak, ketinggalan satu gol di belakang rakan sepasukan, Joao Felix.
Sementara itu, Al-Ittihad bergelut hampir keseluruhan perlawanan dengan hanya dua percubaan tepat ke gawang.
Mereka mula menunjukkan peningkatan pada lewat babak kedua, namun masih gagal menewaskan benteng terakhir Al-Nassr yang dikawal penjaga gol Brazil, Bento. - REUTERS
