RIYADH, 12 Mei - Kelab Al-Hilal merekodkan kejuaraan ke-19 Liga Pro Saudi setelah menewaskan Al-Hazem 4-1.
Kemenangan itu sekali gus membolehkan Al-Hilal merampas kejuaraan liga yang dimenangi Al-Ittihad musim lepas.
Skuad kendalian Jorge Jesus itu mempunyai kelebihan 12 mata berbanding pencabar terdekat, Al-Nassr dengan baki tiga perlawanan.
Pada perlawanan berkenaan, Aleksandar Mitrovic memberikan Al-Hilal gol pendahuluan pada minit ke-15 menerusi sepakan penalti.
Namun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama, apabila Al-Hazem kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-34 menerusi jaringan Faiz Selemani.
Jaringan sendiri pemain Al-Hazem, Ahmed Al-Juwaid pada minit ke-39 membolehkan Al-Hilal kembali di depan sebelum rehat.
Mitrovic meranapkan impian Al-Hazim untuk terus bersaing dengan jaringan pada minit-minit akhir separuh masa pertama.
Sergej Milinkovic-Savic memusnahkan sisa perjuangan Al-Hazem apabila menjaringkan gol keempat tiga minit selepas itu bagi menjadikan kedudukan 4-1.
Al-Hilal kini cuba mencari kejuaraan trebel apabila mara ke final Piala Super Saudi dan Piala Raja Saudi.-REUTERS