fb fb fb fb fb

Liga Premier : Perak FC tewas 1-3 kepada JDT II

IPOH, 24 April - Perak FC terus berputih mata selepas tewas 1-3 kepada JDT II, malam tadi.

Jaringan pertama JDT II diperoleh pada minit ke-24 menerusi penyerang utama mereka, Fernando Rodriguez selepas mendapat hantaran cantik daripada Daryl Sham K.K George.

Pelawat kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti dan disempurnakan dengan mudah sekali lagi oleh Fernando pada minit ke-36.

Serangan bertali arus pasukan tuan rumah membuahkan hasil apabila mereka berjaya mendapatkan sepakan penalti.

Jaringan disempurnakan dengan baik oleh Hakimi Isa selang dua minit kemudian.

Adam Farhan Faizal seterusnya memastikan JDT II membawa pulang tiga mata penuh selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-52.

(Perak FC tewas 1-3 kepada JDT II, malam tadi / FOTO Fb MFL)

Tamat perlawanan, Perak FC 1-3 JDT II.

Sementara itu, Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui faktor kepenatan fizikal dan mental menjadi punca kekalahan pasukan itu malam tadi.

"Saya akui dan terima kasih kepada pemain juga walaupun dalam keadaan yang sebegini mereka masih lagi memberikan komitmen yang baik, dan kita tahu kita banyak melepaskan gol dalam beberapa perlawanan tetapi perlu dilihat banyak segi kelemahan yang kita ada itu kita tak mampu untuk menangani dengan segera kerana keterbatasan pemain yang sedia ada", katanya. 

Manakala, pengendali JDT II, Mariano Raul Echeverria berpuas hati dengan aksi ditampilkan barisan pemainnya biarpun mengakui pasukannya mampu menang dengan jaringan yang lebih besar.

Media Baharu