JOHOR BAHRU, 18 April - Johor Darul Takzim (JDT) II mengukuhkan kedudukannya dalam Liga Premier, selepas menewaskan Kuching City FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Hujan renyai sepanjang perlawanan tidak menghalang skuad kendalian Mariano Raul Echeverria meraih kemenangan.
Gol pertama JDT II diperoleh menerusi Fernando Rodriguez pada minit ke-18, di hadapan 163 penyokong yang hadir.
(Fernando Rodriguez (kanan) diasak pemain Kuching FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang hari ini/BERNAMA)
Aksi separuh masa kedua semakin hangat, menyaksikan kedua-dua pasukan cuba membolosi gawang lawan.
Usaha berterusan JDT II berhasil apabila berjaya menjaringkan gol keduanya pada minit ke-54 menerusi Adam Nor Azlin.
Kuching City FC merapatkan jurang apabila Mohamad Alif Hassan menewaskan penjaga gol JDT II,
T. Shaheeswaran pada minit ke-61.
Bagaimanapun enam minit kemudian Moussa Sibide melengkapkan jaringan buat skuad kedua Harimau Selatan untuk kemenangan selesa.
JDT II kini mengumpul 12 mata keseluruhan.