fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Potter masih dapat sokongan pemilik Chelsea

(FOTO AFP)

LONDON, 21 FebruariĀ -Pengurus Chelsea, Graham Potter masih mendapat sokongan Pengerusi Chelsea, Todd Boehly dan Lembaga kelab berkenaan disebalik persembahan buruk yang dipamerkan pasukan berkenaan.

Skuad 'The Blues' setakat ini hanya memenangi 14 perlawanan dalam semua pertandingan. Kekalahan terbaharu pada Sabtu lalu kepada kelab bergelut, Southampton menambah tekanan kepada Chelsea.

Potter yang dilantik pada September lalu menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat akibat prestasi kurang memberangsangkan sebelum itu.

Pemilik Kelab, Todd Boehly menjelaskan pelantikan Potter adalah sebahagian daripada projek jangka panjang kelab berkenaan.

Boehly menjelaskan pasukan tersebut perlu diberi peluang bagi membentuk skuad yang mantap selepas menyaksikan 583 Juta Pound dibelanjakan bagi membawa masuk pemain-pemain baharu dalam dua jendela perpindahan menyaksikan lapan pemain ditandatangani Chelsea.

Krisis kecederaan yang menimpa pemain-pemain utama turut menjadi faktor yang menjejaskan perancangan Potter.

Kecederaan kepala yang menimpa Cesar Azpilicueta pada perlawanan Sabtu lalu menambah senarai kecederaan pasukan yang dibarisi bintang-bintang ternama seperti Raheem Sterling, Kalidou Koulibaly, N'Golo Kante, Mateo Kovacic, Christian Pulisic, Wesley Fofana, Edouard Mendy, Denis Zakaria dan Armando Broja.

Masa depan Pengurus berusia 47 tahun itu di Stamford Bridge tidak ditentukan oleh kejayaan di Liga Juara Eropah dan kemampuan bagi melayakkan diri ke Kejohanan Eropah musim depan.

Namun kekalahan pada Sabtu lalu kepada Southampton memberikan isyarat bahawa pengurus Chelsea itu kini berada dalam tekanan-BBC.com


(Pemain Chelsea, Cesar Azpilicueta mengalami kecederaan kepala ketika
menentang Southampton/FOTO AFP)

Media Baharu