fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Liverpool terus bersaing dengan City, tewaskan Villa 2-1

(Penyerang Liverpool, Sadio Mane meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya
dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa/AFP)

BIRMINGHAM, 11 Mei - Liverpool mengekalkan harapan bagi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila jaringan kemenangan Sadio Mane menewaskan Aston Villa 2-1 di Villa Park, Birmingham untuk menyamakan kedudukan dengan Manchester City di puncak carta liga.

The Reds segera menebus kesalahan untuk permulaan yang perlahan apabila Joel Matip memadamkan gol pembukaan Douglas Luiz dalam masa enam minit.

Tandukan Mane, 25 minit sebelum tamat perlawanan cukup untuk mengekalkan tekanan ke atas City, yang mempunyai kelebihan satu perlawanan menentang Wolves pada Rabu.


(Pemain Liverpool, Mohamed Salah (kiri) bersaing dengan pemain Aston Villa, Douglas Luiz
semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Villa Park, Birmingham/AFP)

Bagaimanapun, kelebihan tipis kemenangan Liverpool mengekalkan anak buah Pep Guardiola di puncak dengan perbezaan gol.

Kemenangan anak buah Jurgen Klopp terpaksa dibayar dengan kehilangan Fabinho akibat kecederaan otot yang berkemungkinan menyebabkan dia tidak dapat beraksi pada final Piala FA pada Sabtu dan final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada 28 Mei ini. -AFP

Media Baharu