fb fb fb fb fb

Liga Negara UEFA: Penalti Szoboszlai ikat Jerman

Foto REUTERS

BUDAPEST, 20 November-Penalti minit akhir perlawanan oleh Dominik Szoboszlai mengikat perlawanan 1-1 ketika menentang Jerman di sini pada Rabu.

Keputusan tersebut sekali gus meranapkan harapan pasukan Jerman bagi mencatatkan kemenangan kesebelas pasukan itu tahun ini.

Pada perlawanan tersebut, Jerman yang bermain sebagai pasukan pelawat dilihat selesa bagi memenangi perlawanan selepas jaringan Felix Nmecha pada minit ke-76.

Ketika perlawanan menghampiri minit terakhir, pengadil memberikan sepakan penalti kepada Hungary selepas semakan VAR mendapati bola terkena tangan pemain pertahanan, Robin koch dalam kotak penalti.

Kapten Hungary, Dominik Szoboszlai, tenang mengambil sepakan berkenaan untuk menyamakan kedudukan dan meraih satu mata berharga buat pasukan tuan rumah.

Sementara itu, pemain tengah Jerman, Robert Andrich meluahkan kekecewaan dengan keputusan tersebut yang disifatkan tidak adil bagi pasukannya.

"Ia sangat mengecewakan. Dengan kemenangan, kami sepatutnya berasa lebih baik, tetapi kami masih boleh berbangga dengan pencapaian kami pada tahun 2024 dan akan kembali dengan semangat baharu pada bulan Mac", katanya.

Meskipun mencatatkan keputusan seri, Hungary kekal di tempat ketiga dalam kumpulan dan berpeluang untuk mara ke pusingan Play-Off.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD