fb fb fb fb fb

Kelayakan Piala Dunia 2026: Ecuador kejutkan Colombia

Foto REUTERS

MONTEVIDEO, 20 November-Ecuador mencipta kejutan selepas menewaskan Colombia 1-0 pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan.

Kemenangan itu sekali gus meneruskan momentum kemenangan mengagumkan pasukan berkenaan pada kempen kelayakan.

Bermain sebagai pasukan pelawat, Ecuador mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi jaringan tunggal Penyerang veteran Enner Valencia pada minit ke-7.

Gol tersebut berpunca daripada gerakan solo menarik bekas pemain West Ham berkenaan yang berjaya menewaskan tiga pemain pertahanan Colombia sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Tuan rumah, Colombia hampir menyamakan kedudukan apabila penyerang Jhon Cordoba gagal memanfaatkan peluang keemasan menerusi satu serangan balas.

Cordoba terjatuh dan gagal menjaringkan gol walaupun berada pada kedudukan yang sangat baik, setelah menerima hantaran James Rodriguez.

Malang menimpa Ecuador yang terpaksa bermain dengan 10 orang selepas pemain pertahanannya, Piero Hincapie dilyangkan kad merah oleh pengadil selepas menumbuk Cordoba pada minit ke-34.

Walaupun bermain dengan 10 pemain, Ecuador berjaya bertahan dengan cemerlang bagi mencatatkan kemenangan bagi kemenangan ketiga pasukan tersebut.

Kemenangan tersebut meletakkan Ecuador di tangga ketiga kumpulan Zon Amerika Selatan.

Sementara itu, pada pertemuan lain, Paraguay sekadar seri 2-2 menentang Bolivia di La Paz.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD