fb fb fb fb fb

Liga Juara: Lepasi'Kumpulan Maut', Dortmund tutup mulut para pengkritik

Ketua Jurulatih Borussia Dortmund/FOTO AFP

DORTMUND, 29 November - Borrusia Dortmund menutup mulut para pengkritik selepas layak ke pusingan 16 terakhir apabila menewaskan AC Milan 3-1, kata Ketua jurulatihnya, Edin Terzic.

Diundi bersama-sama Paris Saint Germain (PSG), Newcastle United dan AC Milan, Dortmund memulakan kempen Liga Juara dengan keputusan seri dalam dua perlawanan dan kemudiannya memenangi tiga perlawanan berturut-turut bagi menduduki tangga teratas kumpulan F.

"Kami sentiasa mengingati ketika kami seri dalam dua perlawanan awal apabila wartawan melaporkan kami berada dalam 'Kumpulan Maut'.

"Kami juga ingat apabila pada perlawanan pertama, mereka memberitahu tewas bermakna peluang untuk mara sukar.

"Kemudian kami seri 0-0 dengan AC Milan. Mereka berkata peluang sudah tertutup. Tapi lihatlah sekarang, Kami kini sedang mendahului kumpulan ini", kata Terzic kepada pemberita.

Terzic turut mendedahkan isu kecederaan pemain menjadikan perlawanan menentang AC Milan bertambah sukar.

"Kami tidak bercakap tentang ini (masalah kecederaan pemain) sebelum perlawanan bermula.

"Tetapi anda mendapat mesej setiap 30 minit dan 60 minit.

"Doktor pasukan datang dengan maklumat baharu memberitahu para pemain yang boleh diturunkan. Mereka yang boleh bermain sehingga tamat separuh masa. Situasi berkenaan tidak mudah. Tetapi para pemain berjuang sehinggalah kini", kata Terzic lagi.

Dortmund telah pun melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir dengan 10 mata. Manakala tiga pasukan, PSG, Newcastle United dan AC Milan kini terpaksa bersaing bagi merebut satu lagi bagi mengiringi Dortmund ke pusingan seterusnya.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD