fb fb fb fb fb

Liga Juara-juara Trek UCI: Azizulhasni tamatkan musim di tangga kelapan

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menamatkan kempen Liga Juara-juara Trek UCI (TCL) di tangga kelapan bagi kategori pecut lelaki keseluruhan.

Menurut laman sesawang rasmi kejohanan, Datuk Azizulhasni yang turut digelar 'The Pocket Rocketman' meraih 60 mata selepas lima pusingan TCL berlangsung.

Atlet kelahiran Dungun itu terlepas peluang beraksi pada peringkat separuh akhir selepas sekadar berada di tempat kedua dalam pusingan pertama.

Hanya pemenang daripada enam pusingan saringan berbeza mara ke separuh akhir acara itu.

(Datuk Mohd Azizulhasni Awang)

Dalam pusingan akhir di London, Datuk Azizulhasni juga gagal dalam misi untuk sekurang-kurangnya meraih podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam acara kegemarannya, Keirin.

Pelumba Australia, Matthew Richardson dinobat sebagai juara dengan 183 mata, mengatasi pencabar utamanya Harrie Lavreysen dari Belanda dengan jurang dua mata.

Kejohanan TCL bermula di Mallorca, Sepanyol bulan lepas dan pelumba perlu meraih mata dalam lima pusingan.

Media Baharu