fb fb fb fb fb

Perak FC komited lahirkan lebih ramai pemain muda

IPOH, 4 Disember- Perak FC terus komited melahirkan lebih ramai pemain muda yang berpotensi untuk mewakili pasukan itu pada masa akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, komitmen itu diterjemah menerusi penganjuran kejohanan bola sepak bertujuan mencungkil bakat muda di negeri itu.

Ia juga selaras dengan visi ditetapkan Ketua Jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim yang ingin memberi lebih banyak peluang kepada pemain muda beraksi dalam pentas Liga Super musim hadapan.


(Jurulatih Perak FC Bawah 23 tahun, Yusri Che Lah berpendapat, usaha mengenal pasti
bakat-bakat muda perlu diteruskan supaya lebih ramai pemain dipilih membarisi
pasukan utama)

"Sejak dari dahulu lagi, kami mahu mencungkil bakat-bakat muda yang ada dalam Perak FC ini. Mereka akan menjadi pelapis dan tunjang kepada kumpulan ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, Jurulatih Perak FC Bawah 23 tahun, Yusri Che Lah berpendapat, usaha mengenal pasti bakat-bakat muda perlu diteruskan supaya lebih ramai pemain dipilih membarisi pasukan utama.

Perak FC setakat ini sudah menandatangani 12 pemain baru antaranya daripada pasukan Melaka United, PJ City dan skuad Projek FAM-MSN.

Media Baharu