NAPLES, 19 September – Erling Haaland melakar sejarah apabila menjaringkan gol ke-50 nya pada aksi Liga Juara-Juara paling ketika membantu Manchester City menewaskan Napoli 2-0 dalam aksi pembukaan kumpulan awal pagi tadi.
Penyerang Norway itu meledak pada minit ke-56, dalam penampilan ke-49 di kejohanan berkenaan , selepas menanduk masuk hantaran Phil Foden.
Jeremy Doku kemudian menggandakan kelebihan sembilan minit kemudian.
Doku melakukan larian pantas melepasi dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan rendah menewaskan penjaga gol Vanja Milinkovic-Savic dari sudut sempit.
Pada perlawanan berkenaan, Napoli terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten Giovanni Di Lorenzo dilayangkan kad merah pada minit ke-21 selepas mengasari Haaland.
Penampilan bekas kapten City, Kevin De Bruyne, yang kini bersama Napoli, juga tidak bertahan lama apabila dikeluarkan pada minit ke-25 selepas jurulatih Antonio Conte melakukan rombakan taktikal ekoran kekurangan pemain. - REUTERS
