fb fb fb fb fb

Liga Juara-Juara: Hojlund hadiahkan kemenangan pertama buat Napoli

Rasmus Hojlund meraikan jaringan ketika menentang Sporting Lisbon/AFP

NAPLES, 2 Oktober - Rasmus Hojlund menghadiahkan kemenangan pertama buat Napoli dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini selepas gandingan cemerlang bersama Kevin De Bruyne menghasilkan dua gol ketika menewaskan Sporting Lisbon 2-1 awal pagi tadi.

Penyerang Denmark itu meledak satu gol pada kedua-dua babak perlawanan, memberikan kemenangan bermakna kepada juara Serie A itu di hadapan para penyokong di Stadium Diego Armando Maradona.

Kedua-dua gol pemain berusia 22 tahun tersebut terhasil menerusi bantuan De Bruyne, yang mempamerkan sentuhan magisnya.

Sporting pula berjaya mendapatkan jaringan pada minit ke-62 menerusi sepakan penalti Luis Suarez.

"Ia bukan permulaan yang mudah dalam kempen Liga Juara-Juara ini, tetapi kami menunjukkan semangat juang dan bermain dengan sangat baik menentang juara Portugal."

"Kevin adalah lagenda bola sepak. Dia mempunyai kualiti luar biasa setiap kali dia menguasai bola, tugas saya hanya mencari ruang, kerana saya tahu dia akan menemui saya," kata Hojlund.

Napoli kini menduduki tangga ke-19 carta liga selepas dua perlawanan, manakala Lisbon di kedudukan ke-14.

MOHD NORIZWAN BIN SAMAN