fb fb fb fb fb

Liga Juara Eropah: Penalti saat akhir selamatkan Monaco ikat Man City 2-2

Foto Reuters

MONACO, 2 Oktober – Penalti minit ke-90 oleh Eric Dier memastikan Monaco mengikat Manchester City 2-2 dalam aksi kedua Liga Juara Eropah di Stadium Louis II, awal pagi tadi.

City terlebih dahulu di depan menerusi dua jaringan Erling Haaland pada minit ke-15 dan 45, manakala Monaco menyamakan kedudukan melalui rembatan Jordan Teze pada minit ke-18.

Ketika City hampir membawa pulang kemenangan sulung di tempat lawan selepas setahun, pengadil memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah selepas semakan VAR mendapati Nico Gonzalez melakukan kekasaran terhadap Dier.

Pemain England itu tenang menewaskan Gianluigi Donnarumma untuk menghadiahkan satu mata berharga buat Monaco, sekali gus menafikan City kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Napoli sebelum ini.

City kini mengumpul empat mata dan akan bertemu Villarreal pada 21 Oktober, manakala Monaco berdepan Tottenham Hotspur pada 22 Oktober. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN