fb fb fb fb fb

Liga Juara Eropah: Villarreal ikat Juventus 2-2

Foto Reuters

VILLARREAL, 2 Oktober – Juventus terlepas peluang meraih kemenangan sulung dalam Liga Juara Eropah apabila diikat Villarreal 2-2 hasil jaringan penyamaan minit akhir Renato Veiga di Stadium de la Ceramica, awal pagi tadi.

Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-18 menerusi Georges Mikautadze selepas menerima hantaran Nicolas Pepe, namun Juventus bangkit pada babak kedua.

Federico Gatti menyamakan kedudukan menerusi sepakan gunting pada minit ke-49 sebelum Francisco Conceicao menambah gol kedua, 7 minit kemudian.

Ketika Juventus hampir pulang dengan tiga mata, Veiga, bekas pemain pinjaman kelab Itali itu menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-90 hasil sepakan sudut.

Jurulatih Juventus, Igor Tudor, meluahkan kekecewaan kerana pasukannya gagal memungut mata penuh di saat akhir, namun menegaskan pasukannya kekal konsisten tanpa kalah musim ini.

Juventus akan menentang AC Milan dalam aksi Serie A hujung minggu ini, manakala Villarreal bakal berdepan Real Madrid dalam saingan LaLiga. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN