fb fb fb fb fb

Liga Juara AFC Dua: Joao Felix pastikan Al Nassr tundukkan Al Zawraa 2-0

Joao Felix/Foto Hiasan

BAGHDAD, 1 Oktober – Joao Felix menjadi watak utama ketika Al Nassr menewaskan Al Zawraa 2-0 dalam aksi Liga Juara AFC Dua, awal pagi tadi.

Biarpun Cristiano Ronaldo tidak diturunkan selepas direhatkan jurulatih Jorge Jesus, skuad pelawat tetap tampil garang dengan Felix mengetuai barisan serangan bersama Sadio Mane dan Kingsley Coman.

Gol pertama hadir pada minit ke-52 menerusi rembatan kencang Abdullah Al Khaibari yang memanfaatkan bola muntah hasil halangan pertahanan lawan.

Felix kemudian memastikan kemenangan mutlak pada minit ke-81 apabila sepakan padu kaki kanannya meluru tepat ke penjuru kanan atas gawang lawan.

Kemenangan itu sekali gus menegaskan kehadiran Felix sebagai tonggak baharu Al Nassr dalam ketiadaan Ronaldo, selain mengukuhkan kedudukan pasukan dalam saingan peringkat kumpulan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN