fb fb fb fb fb

Liga Juara: Jaringan Fuellkrug beri Dortmund kelebihan

Foto Reuters

DORTMUND, 2 Mei - Pasukan Borussia Dortmund menarik nafas lega apabila berjaya menewaskan Paris Saint Germain (PSG) pada perlawanan pertama timbal balik separuh akhir Liga Juara pada Rabu.

Pada perlawanan berkenaan, Dortmund yang bermain di hadapan penyokong sendiri berjaya mendapatkan gol pada minit ke-36 menerusi Niclas Fuellkrug.

Pasukan pelawat, PSG yang baru dimahkotakan sebagai juara Liga Perancis kelihatan bergelut berdepan kekebalan pertahanan Dortmund yang menerapkan disiplin tinggi terutamanya pada separuh masa pertama dengan tiada sebarang ruang diberikan kepada penyerang sensasi, Kaylian Mbappe.

Sementara itu, Ketua jurulatih Dortmund, Edin Terzic berpuas hati dengan keputusan tersebut dan berharap pasukannya mampu mengekalkan prestasi berkenaan pada kunjungan di Paris minggu depan.

"Persembahan yang menakjubkan. Kemenangan ini sangat diperlukan oleh pasukan.

"Apa yang kami perlu kini adalah seri pada perlawanan timbal balik kedua. Namun, kami juga inginkan kemenangan", kata Terzic.

Kemenangan pada perlawanan timbal balik kedua akan memastikan Dortmund menempah tiket kelayakan kelima Liga Juara musim depan.

Dortmund yang pernah menjuarai Liga Juara pada 1997 kini mencuba untuk mara ke final pertama sejak 2013.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD