KUALA LUMPUR, 2 Mei - Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, YAKEB memperuntukkan sekitar RM500,00 bagi membantu bekas atlet di seluruh negara dalam tempoh setakat empat bulan pertama tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed memaklumkan, bantuan disalurkan melalui 12 skim di bawah YAKEB antaranya perubatan, khairat kematian dan pendidikan.
"Lebih kurang kita dah belanja dalam RM500,000 untuk khairat kematian, perubatan, sumbangan bulanan dan lain-lain peralatan hospital dan lain-lain", katanya selepas menyampaikan cek khairat kematian kepada keluarga bekas lagenda bola sepak negara, Allahyarham Abd Mohd Khalid Mohd Ali di Ibu negara.
Allahyarham pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985, dengan pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.
Dalam pada itu, Balu Allahyarham, Siti Norkhanah Mohammed Yatim mengucapkan terima kasih kepada YAKEB yang banyak membantu arwah suaminya.
"Apa yang disumbangkan daripada YAKEB ini memang sangat-sangat memberi sokongan. Kehendak mereka mahu arwah itu sihat seperti sedia kala macam-macam usaha pihak keluarga dan pihak YAKEB yang lain juga ada membantu allahyarham untuk sihat kembali tetapi Allah lebih menyayangi dia", katanya selepas ditemui media di sini.