fb fb fb fb fb

Liga Juara Eropah: Arsenal rakam kemenangan sulung

Foto AFP

BILBAO, 17 September- Pemain gantian Arsenal, Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard muncul wira pada babak kedua untuk memastikan kemenangan 2-0 ke atas Athletic Bilbao pada aksi pembukaan Liga Juara Eropah, hari ini.

Pasukan Mikel Arteta itu merakam kemenangan sulung daripada lapan perlawanan peringkat kumpulan dalam aksi yang berlangsung di stadium San Mames.

Martinelli menjaringkan gol pada minit ke-72, hanya 36 saat selepas masuk daripada bangku simpanan, sebelum Trossard menambah gol kedua pada minit ke-87.

The Gunners, kehilangan beberapa pemain tetap termasuk Bukayo Saka, mula mengubah rentak permainan melalui pergerakan Viktor Gyokeres dan Noni Madueke di sayap kanan.

Penyerang Sweden, Gyokeres melakukan percubaan namun diselamatkan Unai Simon.

Arteta membawa masuk Martinelli menggantikan Eberechi Eze dan segera menjaringkan gol.

Pemain Brazil itu sekali lagi meraih perhatian apabila melakukan bantuan gol dengan melorongkan bola untuk Trossard, yang menewaskan Simon.

Arteta turut membawa dua lagi pendatang baharu iaitu Christian Norgaard dan Piero Hincapie untuk penampilan sulung mereka pada lewat permainan. -AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello