MADRID, 17 September- Kylian Mbappe menyempurnakan dua penalti untuk membantu Real Madrid membuka kempen Liga Juara Eropah dengan kemenangan 2-1 ke atas Olympique Marseille dari Perancis.
Timothy Weah membuka jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-22 sebelum Mbappe menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti, enam minit kemudiannya.
Memasuki babak kedua, kesilapan pemain pertahanan Marseille, Facundo Medina dihukum keras apabila bola terkena tangannya dalam kotak penalti.
Mbappe, dalam prestasi baik pada awal musim, mudah mengambil sepakan penalti kedua untuk menewaskan penjaga gol lawan, Gerónimo Rulli.
Terdahulu, Madrid beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan, Dani Carvajal Carvajal
dilayangkan kad merah kerana menanduk Rulli pada minit ke-72. - AFP