fb fb fb fb fb

ACLE: Gol Nunez, Hernandez pastikan kemenangan Al Hilal

Darwin Nunez/Reuters

RIYADH, 16 September- Darwin Nunez dan Theo Hernandez muncul wira kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal selepas menjaringkan gol pada separuh masa kedua sekali gus bangkit menewaskan Al Duhail 2-1 dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) di Riyadh, pada Selasa.

Pasukan dari Qatar terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan Adil Boulbina pada minit ke-37, namun dua gol pantas daripada Nunez dan Hernandez memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad kendalian Simone Inzaghi.

Kemenangan itu menyaksikan Al Hilal berkongsi kedudukan dengan juara bertahan dari Arab Saudi, Al Ahli, serta dua wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sharjah dan Al Wahda, yang turut mengutip tiga mata dalam pusingan pembukaan kumpulan barat.

Format baharu Liga Juara-Juara Asia kali ini menggunakan sistem liga Swiss bagi menentukan lapan pasukan terbaik yang akan mara ke pusingan seterusnya pada Mac, selepas saingan awal membabitkan 12 pasukan.

Sementara itu, dalam saingan liga timur, kelab Thailand, Buriram United turut mencipta kebangkitan pada separuh masa kedua untuk menundukkan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-1. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM