fb fb fb fb fb

Liga Hoki Melaka tawar ganjaran RM25,000 kepada juara

Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Rais Yasin/Foto RTM

BUKIT SERINDIT, 1 Disember-Liga Hoki Melaka akan kembali dianjurkan bermula 29 Disember 2024 hingga penghujung Februari 2025.

Hadiah bernilai keseluruhan hampir RM25,000 ditawarkan kepada pemenang.

Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Rais Yasin berkata penyertaan dibuka secara percuma.
 
Kategori dipertandingkan ialah lelaki dan perempuan bawah 12 tahun; 15 tahun dan terbuka.

" Insya-Allah nanti semua pihak sudah boleh bersedia kerana ini adalah percuma terutama sekolah yang mana mempunyai pasukan hoki.

"Saya galakkan untuk masuk ke liga ini sebab inilah masanya untuk melihat pembangunan anak-anak kita untuk sukan hoki terutamanya", katanya demikian pada sidang media Kejohanan Hoki 4 penjuru Piala Presiden Persatuan Hoki Melaka di Stadium Hoki Bukit Serindit, di sini.

Kali terakhir Liga Hoki Melaka dianjurkan ialah pada 2018.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD