LONDON, 19 April -Liverpool tersingkir daripada Piala Europa meskipun menang 1-0 menentang Atlanta pada perlawanan kedua suku akhir Liga Europa pada Khamis.
Kemenangan 1-0 itu tidak cukup untuk mengubah defisit suku akhir pertama yang menyaksikan pasukan itu tumpas 3-0 di Anfield minggu lalu.
Liverpool dikenali sebagai pasukan yang sering membuat kejutan di saat-saat akhir seperti yang ditunjukkan pada perlawanan menentang Barcelona dan AC Milan dilihat gagal mengulangi persembahan sama.
Pada perlawanan yang dilangsungkan di Bergamo itu, pemain sayap, Mohamed Salah berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-7 perlawanan selepas bola hantaran lintang Trent Alexander-Arnold mengenai tangan Matteo Ruggeri.
Bagaimanapun,Liverpool gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan Atlanta sehingga tamat permainan.
Atlanta bakal bertemu Marseille pada perlawanan separuh akhir Piala Europa.
Sementara itu, Bayer Leverkusen yang baharu sahaja dinobatkan sebagai juara Bundesliga mara ke separuh akhir selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menetang West Ham.
Pada pertemuan berkenaan, West Ham terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Michail Antonio yang menanduk masuk hantaran Jarod Bowen pada minit ke-13 sebelum Leverkusen menyamakan kedudukan menerusi Jeremie Frimpong pada minit ke-89.
Leverkusen layak selepas menang secara agregat (3-1).
Kemenangan itu membolehkan Leverkusen bertemu wakil Itali, AS Roma yang menyingkirkan AC Milan 3-1.-AFP