BUENOS AIRES, 15 September – Boca Juniors dan Rosario Central sekadar berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 dalam aksi Kumpulan Clausura Liga Primera Argentina di Estadio Gigante de Arroyito, awal pagi tadi.
Boca membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi Rodrigo Battaglia yang menanduk masuk bola hasil sepakan percuma, menewaskan penjaga gol tuan rumah, Jorge Broun.
Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila empat minit kemudian, Angel Di Maria menyamakan kedudukan buat Rosario dengan rembatan kaki kiri dari sudut sukar hasil sepakan sudut.
Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terus saling mengasak, namun gagal menambah jaringan.
Keputusan itu menyaksikan Boca menduduki tangga ketiga Kumpulan A dengan 12 mata, manakala Rosario Central berada di tangga keenam Kumpulan B dengan 11 mata. - REUTERS
