fb fb fb fb fb

La Liga: Barcelona pesta gol benam Valencia

Aksi penyerang Barcelona, Robert Lewandowski pada aksi menentang Valencia / Foto REUTERS

BARCELONA, 15 September – Barcelona membelasah Valencia 6-0 dalam aksi sulung di gelanggang sendiri musim ini dengan Fermin Lopez, Raphinha dan Robert Lewandowski masing-masing menjaringkan dua gol.

Beraksi di Estadi Johan Cruyff di pusat latihan Sant Joan Despi, Lopez membuka tirai jaringan pada minit ke-29 hasil umpanan Ferran Torres.

Bersambung selepas rehat, Raphinha meledak gol kedua pada minit ke-58 sebelum Lopez menggandakan jaringan peribadinya tiga minit kemudian. Raphinha turut melengkapkan dua gol pada minit ke-66.

Lewandowski yang dimasukkan pada minit ke-68 segera memberikan impak dengan dua gol bagi melengkapkan pesta enam gol buat skuad kendalian Hansi Flick.

“Bukan sahaja Fermin Lopez, malah semua pemain menunjukkan semangat dan kualiti yang hebat. Saya gembira kerana perlu membuat pilihan daripada ramai pemain berkualiti,” kata Flick selepas perlawanan.

Kemenangan besar itu melonjakkan Barca ke tangga kedua LaLiga dengan 10 mata, dua mata di belakang pendahulu Real Madrid yang kekal rekod tanpa selepas empat perlawanan.

Valencia pula terus bergelut di tangga ke-15 dengan hanya empat mata. -REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD