FLORENCE, 15 September β Juara bertahan Serie A, Napoli kembali berada di persada liga selepas membenam Fiorentina 3-1.
Penyerang pinjaman Napoli, Rasmus Hojlund turut cemerlang pada penampilan pertamanya bersama kelab berkenaan Napoli apabila menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah Napoli musim ini.
Penyerang Denmark berusia 21 tahun itu, yang dipinjam daripada Manchester United pada hari terakhir jendela perpindahan, menyempurnakan peluang pada minit ke-14 selepas menerima hantaran Leonardo Spinazzola untuk menewaskan David de Gea dengan tenang.
βIa hari yang hebat, bukan sahaja kerana saya menjaringkan gol tetapi juga kerana kami meraih kemenangan penting. Saya gembira menjadi sebahagian daripada pasukan hebat ini,β kata Hojlund selepas perlawanan.
Napoli terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti Kevin De Bruyne pada minit keenam selepas Frank Anguissa dijatuhkan dalam kotak penalti.
Napoli terus mendominasi permainan dan menambah gol ketiga pada minit ke-51 apabila Sam Beukema menyambar umpanan Anguissa hasil sepakan sudut.
Fiorentina yang masih tercari-cari kemenangan pertama musim ini merapatkan jurang pada minit ke-79 melalui Luca Ranieri.
Kemenangan itu meletakkan Napoli kembali di puncak liga dengan sembilan mata, berkongsi mata dengan Juventus tetapi memiliki kelebihan jaringan.
Fiorentina pula kekal dengan dua mata selepas tiga perlawanan.
Skuad kendalian Antonio Conte kini bersiap sedia menghadapi Manchester City dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah minggu depan. - REUTERS
