fb fb fb fb fb

Liek Hou muncul juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Thailand

(FOTO BERNAMA)

PATTAYA, 21 Ogos - Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou terus mengukir nama di peringkat antarabangsa.

Terbaharu, pemain perseorangan berusia 34 tahun itu munjul juara di Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Thailand, di Pattaya.

Kejuaraan tersebut merupakan gelaran ke-13 berturut-turut yang dimenanginya.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu mengambil masa 36 minit untuk menundukkan seterunya dari Taiwan, Fang Jen-Yu 22-20, 21-15 dalam kategori SU5, kecacatan fizikal.


(Foto fail)

Liek Hou yang juga juara Sukan Para ASEAN ke-11 di Solo, Indonesia baru-baru ini, menyifatkan kejayaan diraihnya di Thailand sangat bermakna menjelang Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini.

Pemain dari Kuala Lumpur itu juga memaklumkan akan berehat sementara daripada sebarang pertandingan bagi menyiapkan diri untuk beraksi pada Kejohanan Dunia di Tokyo, November nanti.

Media Baharu