fb fb fb fb fb

Lewandowski mahu kembali sertai skuad kebangsaan Poland

Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski berhasrat untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan Poland/ Foto AFP

WARSAW, 12 Ogos – Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski, berhasrat untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan Poland selepas mengumumkan persaraan sebelum ini, susulan pertikaian dengan bekas jurulatih.

Perkara itu disahkan pengurus baharu, Jan Urban, yang mengambil alih tugas pada Julai lalu selepas Michal Probierz meletak jawatan pada Jun.

Probierz sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menarik semula lilitan ketua pasukan daripada Lewandowski dan menyerahkannya kepada pemain tengah Inter Milan, Piotr Zielinski.

Poland kini berada di tangga ketiga Kumpulan Kelayakan Piala Dunia di belakang Finland dan Belanda, dengan Lewandowski dianggap tonggak utama untuk menghidupkan peluang mereka ke kejohanan itu tahun hadapan.

Mengulas sama ada Lewandowski akan kembali sebagai kapten, Urban berkata perkara itu masih dalam perbincangan.

Poland dijadual menentang Belanda di tempat lawan pada 4 September sebelum menerima kunjungan Finland tiga hari kemudian.

Lewandowski, 36, setakat ini menjaringkan 85 gol dalam 158 penampilan bersama skuad kebangsaan. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN