CINCINNATI, 12 Ogos – Juara bertahan, Jannik Sinner, melangkah ke pusingan 16 Terbuka Cincinnati selepas menewaskan wakil Kanada, Gabriel Diallo, 6-2, 7-6(6), sekali gus melebarkan rekod kemenangan di gelanggang keras kepada 23 perlawanan berturut-turut.
Perlawanan pusingan ketiga ATP Masters itu terganggu seketika akibat penggera kebakaran sebelum diteruskan walaupun bunyi penggera masih kedengaran.
Pemain Itali berusia 23 tahun itu seterusnya akan bertemu Adrian Mannarino dari Perancis yang menyingkirkan Tommy Paul.
Terdahulu, pertandingan tersebut turut mengalami kelewatan lebih sejam akibat gangguan bekalan elektrik.
Kejadian itu berlaku ketika pilihan keempat, Taylor Fritz, mencatat kemenangan ke atas Lorenzo Sonego dari Itali.
Fritz akan berdepan pemain kelayakan Perancis, Terence Atmane, yang mengejutkan Joao Fonseca 6-3, 6-4. -REUTERS