MILAN, 30 November – AC Milan merampas kedudukan teratas Serie A buat sementara selepas menewaskan Lazio 1-0 di laman sendiri pada Sabtu.
Gol tunggal Rafael Leao pada awal separuh masa kedua menentukan kemenangan Milan, manakala penjaga gol Mike Maignan mempamerkan aksi cemerlang dengan beberapa penyelamatan penting.
Lazio gagal menyamakan kedudukan walaupun menuntut penalti pada saat-saat akhir perlawanan, sementara pengurus Milan, Max Allegri, dan penolong jurulatih Lazio, Marco Ianni, diarah keluar kerana membantah keputusan pengadil.
Dengan kemenangan tersebut, Milan kini mengumpul 28 mata, satu mata di hadapan AS Roma, manakala Lazio kekal di tangga kelapan dengan 18 mata. -REUTERS