fb fb fb fb fb

Miami lakar sejarah ke pentas akhir MLS

Foto AFP

FORT LAUDERDALE, 30 November – Inter Miami melakar sejarah mara ke perlawanan akhir Piala MLS buat pertama kali selepas menundukkan New York City FC 5-1 dalam Separuh Akhir Konferens Timur pada Sabtu.

Tadeo Allende mencatat hatrik dan menyamai rekod liga dengan lapan gol dalam Piala Playoff MLS, manakala Lionel Messi menyumbang bantuan ketujuhnya.

Jordi Alba turut membantu tiga gol bagi pasukan nombor tiga Konferens Timur itu, yang telah menjaringkan 13 gol dan hanya bolos satu dalam tiga perlawanan playoff terakhir mereka.

Telasco Segovia dan Mateo Silvetti menambah jaringan pada separuh masa kedua. Miami kini menanti pemenang perlawanan akhir Konferens Barat antara San Diego FC dan Vancouver Whitecaps, dengan perlawanan akhir dijadualkan pada 6 Disember.

New York City FC hanya sempat mengejar gol melalui Justin Haak pada separuh masa pertama. Mereka beraksi tanpa ketua penjaring Alonso Martinez dan pemain tengah Andres Perea yang cedera.

Dua gol pertama Allende dijaringkan pada awal separuh masa pertama, diikuti tandukan cemerlang pada minit ke-23.

Hatrik Allende lengkap pada minit ke-89 hasil hantaran Yannick Bright. Penjaga gol Miami, Rocco Rios Novo, membuat dua penyelamatan manakala Matt Freese mencatat satu penyelamatan bagi NYCFC. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN