fb fb fb fb fb

Estudiantes tewaskan Central Córdoba 1-0, layak ke separuh akhir Torneo Clausura

Tiago Palacios/REUTERS

SANTIAGO DEL ESTERO, 30 November - Estudiantes mencatat kejayaan sebagai pasukan pertama yang layak ke separuh akhir kejohanan Clausura Argentina selepas menewaskan Central Córdoba 1-0 dalam perlawanan di tempat lawan pada Sabtu.

Estudiantes kini menanti pemenang perlawanan pada Isnin antara Barracas Central dan musuh tradisi mereka, Gimnasia.

Perlawanan di Stadium Alfredo Terrera menyaksikan peluang yang agak terhad. Gol kemenangan Estudiantes hadir pada minit ke-65 melalui Tiago Palacios hasil hantaran lintang pemain Colombia, Edwuin Cetré, dari sebelah kiri padang.

Dua minit kemudian, Central Córdoba membalas dengan percubaan jarak jauh oleh Lucas Varaldo yang mengejutkan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera, namun bola terkena palang.

Pada minit-minit akhir, Estudiantes berjaya mempertahankan kelebihan jaringan mereka tanpa menghadapi ancaman besar daripada lawan yang gagal mencipta sebarang peluang nyata. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN