fb fb fb fb fb

Layak ke Piala Dunia, beri makna besar kepada Wales-Drakeford

(FOTO AFP)

DOHA, 20 November-Menteri Pertama Wales, Mark Drakeford menyatakan penampilan pertama negaranya di Piala Dunia dalam tempoh 64 tahun bakal meletakkan negara itu di peta dunia dan "lebih daripada sekadar sukan".

Negara dengan 3.2 juta penduduk itu hanya layak sekali ke Piala Dunia sebelum ini, pada 1958 sebelum layak buat kali kedua, 64 tahun selepas itu iaitu pada tahun 2022 di Qatar

Diketuai oleh bekas bintang Real Madrid, Gareth Bale, pasukan Wales kembali ke dalam senarai teratas bola sepak.


(Penyerang Wales, Gareth Bale sedang menjalani sesi latihandi Stadium Al-Saad,Doha)

"Ia adalah sebahagian daripada menunjukkan apa yang dimaksudkan sebagai sebuah negara kecil, tetapi sebuah negara kecil yang mampu berada di pentas global", kata Drakeford kepada AFP.

Menurut Drake lagi, penampilan Wales di kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar merupakan peluang bagi masyarakat dunia mengenali negara Wales.

"Jadi ini adalah peluang besar untuk meningkatkan profil Wales untuk orang ramai memahami bahawa di United Kingdom terdapat empat negara berbeza, masing-masing mempunyai identiti dan sejarah tersendiri.

"Itu peluang besar," katanya lagi.

Pasukan Wales dijadualkan menentang Amerika Syarikat pada perlawanaan pembukaan diikuti Iran dan England.

Piala Dunia bermula hari ini dengan tuan rumah,Qatar menentang Ecuador.

Media Baharu