fb fb fb fb fb

Piala Dunia Qatar 2022 :Lukaku bakal terlepas perlawanan peringkat kumpulan

DOHA, 20 November-Penyerang Romelu Lukaku disahkan tidak akan bermain mewakili Belgium pada peringkat kumpulan sekurang-kurangnya sehingga perlawanan terakhir menentang Croatia.

Lukaku dilaporkan tidak menyertai sesi latihan bersama pasukan sejak tiba di Qatar, jumaat lalu dan senang menjalani proses pemulihan daripada kecederaan 'hamstring'.

Lukaku, penjaring terbanyak sepanjang zaman Belgium dengan 68 gol dalam 102 penampilan dipanggil bagi memperkuatkan pasukan oleh jurulatih Roberto Martinez meskipun menyedari penyerang tersebut tidak cergas bagi mewakili 'Red Devils'.


(Penyerang Belgium, Romelu Lukaku tiba di Qatar bagi Piala Dunia 2022 /AFP)

Pemain berusia 29 tahun itu dilihat bergelut di kelabnya, Inter Milan selepas melalui musim suram bersama Chelsea sebelumnya.

Dia bagaimanapun hanya bermain dua kali buat Inter Milan sebelum mengalami kecederaan pada perlawanan menetang Lazio Ogos lalu.

Belgium diletakkan sebagai pasukan pilihan di dalam kumpulan F bersama Croatia, Kanada dan Maghribi.

Pada edisi piala dunia di Rusia empat tahun lalu, Belgium berjaya mara ke separuh akhir kejohanan sebelum tewas kepada Perancis dengan jaringan 1-0.

Media Baharu