fb fb fb fb fb

Badminton Terbuka Australia: Yew Sin dan Ee Yi terlepas gelaran jelajah BWF pertama musim ini

Foto FB BWF - Badminton World Federation

SYDNEY, 20 November- Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi terlepas gelaran jelajah BWF pertamanya musim ini selepas tewas straight sets kepada gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Pada pertemuan akhir yang berlangsung di Sydney itu pilihan kelapan tersebut nyata berada pada tahap lebih baik berbanding Yew Sin-Ee Yi di set pertama.


(Foto FB BWF - Badminton World Federation)

Dengan mempamerkan permainan pantas dan kurang melakukan kesilapan, mereka menang 21-16.

Set kedua menyaksikan aksi lebih seimbang kedua-dua beregu.

Mereka saling mengejar mata dan terikat 20-20 pada satu ketika, namun Yu Chen dan xuan Yi berjaya memanfaatkan kelebihan yang dimiliki untuk mengutip dua mata terakhir sekali gus menang 22-20.

Media Baharu