fb fb fb fb fb

Boling Piala Dunia IBF 2022: 4 wakil lelaki mara ke pusingan 16 terbaik

KUALA LUMPUR, 20 November - Skuad boling negara mencipta sensasi selepas empat wakil lelaki mara ke pusingan 16 terbaik acara individu Kejohanan Boling Piala Dunia IBF 2022 di Australia pada Ahad.

Pada kejohanan berlangsung di Queensland, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan, Muhammad Rafiq Ismail dan Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek, masing-masing menewaskan pencabar mereka sekali gus mencerahkan peluang mara ke peringkat kedua.

Tun Hakim terlebih dahulu mencipta kemenangan apabila menundukkan lawannya Mahmood Ahmed Al-Attar dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 2-1.

Timmy kemudian tidak berdepan masalah mengikut jejak langkah tersebut apabila mencatatkan keputusan 2-0 ke atas Jaroslav Lorenc dari Republik Czech.

Kemaraan itu kemudian diteruskan bekas juara dunia 2018, Muhammad Rafiq yang menewaskan Israel Hernandez dari Puerto Rico 2-0.

(FOTO HIASAN)

Juara Piala Dunia 2012, Mohd Syafiq Ridhwan bagaimanapun diberikan tentangan sengit, tewas di perlawanan pertama sebelum bangkit mencatatkan kemenangan pada perlawanan kedua dan ketiga ke atas Jordan Dinham dari Filipina, untuk mara ke peringkat seterusnya. - BERNAMA

Media Baharu