fb fb fb fb fb

Lappartient dipilih semula Presiden UCI

David Lappartient / Foto FB

KIGALI, 26 September - David Lappartient dipilih semula sebagai Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) buat kali ketiga berturut-turut untuk penggal selama empat tahun.

Perkara itu diumumkan beliau di media sosial.

"Berbesar hati dipilih semula sebagai Presiden UCI untuk penggal ketiga!.

"Bersyukur atas kepercayaan anda dan teruja untuk terus memajukan sukan basikal di seluruh dunia," tulis Lappartient.

Untuk rekod, Lappartient, 52 menang tanpa bertanding untuk terus menyandang jawatan yang dipegang sejak 2017.

Beliau juga merupakan presiden Jawatankuasa Olimpik Perancis dari 2023 hingga 2025, dan pernah berperanan menyelia temasya Sukan Olimpik Paris 2024. -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID