fb fb fb fb fb

Laporte kembali sertai Athletic Bilbao

Aymeric Laporte / REUTERS

BILBAO, 12 September - Aymeric Laporte kembali menyertai Athletic Bilbao dari kelab Arab Saudi, Al Nassr pada Khamis selepas menandatangani kontrak tiga tahun sehingga Jun 2028.

Perpindahan pertahanan Sepanyol itu pada mulanya terbatal apabila Al Nassr dilaporkan gagal menghantar dokumen diperlukan sebelum jendela perpindahan ditutup.

Bagaimanapun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang pada awalnya menolak rayuan Athletic untuk pengecualian, kemudiannya membenarkan Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi, menurut kenyataan kelab itu pada Khamis.

Laporte sebelum ini membuat 222 penampilan bersama Bilbao dari 2012 hingga 2018 sebelum berhijrah ke Manchester City, seterusnya menyertai Al Nassr pada Ogos 2023.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE