fb fb fb fb fb

Laporan rasmi prestasi Sukan SEA Hanoi akan dibentangkan selewatnya 7 Jun

SEPANG, 24 Mei- Laporan rasmi penuh berkenaan Sukan SEA Hanoi akan dibentangkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selewatnya 7 Jun ini.

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2021, Datuk Nur Azmi Ahmad menyatakan ketika ini pihaknya perlu menunggu beberapa pertambahan laporan daripada persatuan sukan yang bertanding dalam temasya berkenaan.

"Setiap hari laporan rasmi terhadap pasukan-pasukan yang bertanding telah disediakan, cuma terdapat sedikit penambahbaikkan daripada pengurusan pasukan terlibat,

"Dalam masa sama mereka juga sediakan laporan berdasaran format yang telah disediakan sebelum diserahkan kepada MOM. Untuk itu saya beri masa kepada setiap masukan dalam satu atau dua minggu lagi,"

Beliau menyatakan perkara itu selepas selamat tiba di Lapangan Terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

                                                                                                         (Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2021, Datuk Nur Azmi Ahmad)


Dalam pada itu beliau turut memberi mengigatkan kepada semua pasukan agar memberi lebih fokus kepada sasaran yang telah ditetapkan.

Ini berikutan kebanyakan pingat emas berjaya diraih dari acara yang diluar sasaran.

Media Baharu