fb fb fb fb fb

Brad Maloney kekalkan pemain skuad bola sepak B-23, bawa misi ke Uzbekistan

SEPANG, 24 Mei- Jurulatih skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney menegaskan pasukan sedia ada merupakan pasukan terbaik untuk dibawa ke Uzbekistan.

Beliau menyifatkan pasukan itu telah memberikan aksi yang terbaik di setiap perlawanan dalam Sukan Sea Hanoi tempoh hari.

Katanya, pasukan berkenaan telah menjalani persiapan yang baik kerana telah menempuh 6 perlawanan dalam jangka masa 14 hari di temasya berkenaan.

"Apa yang boleh saya katakana, pemain dalam pasukan kali ini merupakan yang terbaik. Dan saya yakin mereka akan buat yang lebih baik dalam perlawanan akan datang,

"Ini merupakan pasukan yang akan kita bawa ke Uzbekistan nanti," jelasnya ketika tiba di Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

(Jurulatih skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23), Brad Maloney)

Tambah beliau lagi skuad berkenaan akan memulakan latihan pada 25 Mei sebelum terbang ke Uzbekistan pada 27 Mei ini.

Dalam Piala AFC B-23 itu, skuad negara akan menentang Juara Edisi 2020, Korea Selatan selain dua seteru Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Thailand.

Media Baharu