fb fb fb fb fb

LAFC jinakkan San Jose 4-2

FOTO REUTERS

SANTA CLARA, 14 September - Los Angeles FC mempamerkan aksi garang dengan menjaringkan tiga gol dalam tempoh 12 minit pertama, termasuk dua jaringan awal Denis Bouanga, untuk menumpaskan San Jose Earthquakes 4-2 dalam saingan Major League Soccer (MLS), pagi tadi.

Son Heung-Min membuka tirai jaringan seawal minit pertama buat LAFC di Stadium Levi’s, gelanggang San Francisco 49ers, yang menyaksikan kehadiran lebih 50,000 penonton.

Bouanga kemudian menambah dua gol pantas pada minit kesembilan dan ke-12, sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-87 sekali gus mengumpul 20 gol musim ini.

San Jose merapatkan jurang menerusi jaringan Preston Judd pada minit ke-18, manakala gol sendiri Sergi Palencia pada minit ke-90 menghadiahkan satu lagi gol buat tuan rumah.

Bagaimanapun, keampuhan Hugo Lloris di gawang dengan tiga aksi menyelamat memastikan kemenangan mutlak milik LAFC, yang kini mengumpul 44 mata untuk kekal di tangga kelima Persidangan Barat.

San Jose pula kekal bergelut di kedudukan kesembilan dengan 35 mata, slot terakhir ke saingan playoff.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE