fb fb fb fb fb

Labuan sasar 9 emas di Borneo Games 2025

Foto RTM

LABUAN, 5 September – Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan meletakkan sasaran meraih sembilan pingat emas, dua perak dan lapan gangsa pada temasya Borneo Games 2025 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak hujung bulan ini.

Dengan slogan “Inda Majal, Inda Lurih”, kontinjen itu yakin mampu mencipta kejayaan, khususnya melalui sandaran utama dalam acara boling padang.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Mohd Husni Mohamad Salleh, ketika Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen yang diadakan di Lazenda Hotel, Labuan.

Pada majlis itu juga Timbalan Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Parang Abai@Thomas, dilantik sebagai Chef de Mission kontinjen Labuan.

Seramai 88 anggota kontinjen, termasuk 50 atlet, bakal menggalas cabaran dalam tujuh acara sukan.

Temasya yang berlangsung dari 23 hingga 28 September itu akan mempertandingkan lapan acara iaitu akuatik renang, badminton, boling padang, memanah, olahraga, menyumpit, tarik tali dan golf VIP.

Acara badminton dijadual membuka tirai pertandingan, sekali gus mengembalikan semula penganjuran Borneo Games selepas edisi terakhir pada 2013.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD