fb fb fb fb fb

La Liga: Dua gol Benzema kukuhkan kedudukan Real Madrid sebagai pendahulu

(FOTO AFP)

MADRID, 31 Disember-Penyerang Real Madrid, Karim Benzema menebus mimpi ngerinya di Piala Dunia 2022 dengan membantu kelabnya menewaskan Valladolid 2-0 semalam.

Kemenangan tersebut menyaksikan Real Madrid menghuni kedudukan sebagai pendahulu liga Sepanyol.

Pemenang Ballon d'or itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-83 bagi membuka jaringan pertama setelah dianugerahkan sepakan penalti.

Sepakan tersebut berpunca daripada bola yang terkena tangan pemain pertahanan Valladolid, Javi Sanchez di dalam kotak penalti.

Sepakan penalti tersebut berjaya disudahkan Benzema bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Real Madrid kembali menggandakan kedudukan dengan gol kedua daripada Benzema pada minit-89 setelah mendapat hantaran daripada rakan senegara Eduardo Camavinga.

Kemenangan tersebut membawa Real Madrid menerajui kedudukan liga berkelebihan satu mata mengatasi Barcelona yang bakal melayani musuh setempat, Espanyol.

"Karim memberikan kemenangan kepada pasukan", kata penjaga gol Real Madrid, ujar Thibaut Courtois.

"Persembahannya agak baik namun sedikit kehilangan rentak permainan. Dia sepatutnya mampu menjaringkan satu atau lebih gol", tambah Courtois.

Sementara itu, pasukan bergelut, Sevilla masih lagi gagal mencapai kemenangan selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Celta Vigo.

Setakat ini, Sevilla hanya mencatatkan dua kemenangan dan kekal di zon penyingkiran dengan 12 mata.

Sevilla yang layak ke pertandingan Liga Juara musim ini telah bertindak menggantikan Julen Lopetegui bekas jurulatih sebelumnya dengan Jorge Sampaoli pada Oktober lepas.


(Penyerang Real Madrid, Karim Benzema meraikan kejayaan menjaringkan gol pada
perlwanan menetang Valladolid pagi tadi / FOTO AFP)

Media Baharu